COFFEE SESSION BENTUK CIRCLE POSITIF PERINTIS USANITA

August 12th, 2022 / Perintis Usanita

SIRI Coffee Session bersama Perintis Usanita diteruskan lagi, kali ini melibatkan batch pertama hingga kelima bagi tahun 2023 yang menyaksikan lebih 50 usahawan meluangkan masa berkongsi idea tentang perniagaan masing-masing. 

Selain bertukar pendapat dan menjalinkan hubungan perniagaan, objektif Coffee Session yang diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan ini masih tidak lari untuk para perintis berkenalan lebih rapat dan mendapatkan ‘bonding’ antara mereka dengan pihak Usanita. 

“Seperti sesi-sesi bersama Perintis Usanita sebelum ini, pertemuan santai dalam Coffee Session ini amat penting untuk mereka menjalinkan hubungan kerana kemungkinan untuk mereka bekerjasama dalam bisnes masing-masing itu ada. 

“Memang objektifnya untuk saya dan Usanita mengenali mereka lebih dekat, untuk saya mengetahui permasalahan yang mereka hadapi sepanjang berniaga tetapi dalam masa yang sama, mereka juga dapat berkenalan dengan Usanita lebih rapat lagi,” kata Datin Seri Adzliana.

Menurut penerima anugerah BrandLaureate SMEs Best Brand’s Award - Women Enterpreneurship Empowerment 2023 ini, menerusi Coffee Session yang diadakan di ibu pejabat Usanita Sdn Bhd itu, peserta atau Perintis secara tidak langsung dapat berada di dalam ‘circle’ yang betul. 

Sesi itu berlangsung selama lima hari dengan setiap sesi dihadkan kepada 10 hingga 12 peserta sahaja.

Logo
No 15-2, Tingkat, 2 Jalan Wangsa Delima 13, Pusat Bandar Wangsa Maju, Postcode Kuala Lumpur Country