TOP 25 PERINTIS USANITA SALING MENCABAR MEMBERI YANG TERBAIK

July 18th, 2022 / Perintis Usanita

MULANYA mereka perlu berdepan dengan hampir 1,000 usahawan dari seluruh negara untuk mendapat tempat dalam kalangan 50 Perintis Usanita, kemudian dicabar lagi bagi merebut ruang Top 25 sebelum tapisan demi tapisan berikutnya dilakukan.

Saingan semakin sengit tetapi 25 usahawan yang telah terpilih ke Top 25 sebagaimana yang diumumkan oleh pihak penganjur, Usanita Sdn Bhd baru-baru ini melahirkan rasa kesyukuran kerana berjaya menerobos liku-liku cabaran. 

“Mereka adalah yang terbaik berdasarkan penilaian kami selepas bersama mereka di dalam beberapa cabaran termasuk ketika program bootcamp selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 16 hingga 18 Julai 2022.

“Bootcamp selama tiga hari itu benar-benar memberi impak kepada seramai 50 usahawan dari seluruh negara yang terpilih selepas saringan demi saringan selama lebih tiga bulan dilakukan oleh Usanita dan Datuk Rosyam Nor selaku duta Perintis Usanita - Penjenamaan dan Pendigitalan.


“Kami bukan mahu ‘mendera’ mereka tetapi sebagai usahawan, mereka harus sedar cabaran sebenar dunia perniagaan di luar sana yang lebih kejam dan menduga. Alhamdulillah 25 usahawan yang kami pilih ini kerana mereka mempunyai kriteria-kriteria terbaik sebagai usahawan.” 

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan mengenai pemilihan Top 25 Perintis Usanita. Pengumuman Top 25 dilakukan secara online pada 18 Ogos lalu oleh Datin Adzliana dan Datuk Rosyam Nor. 

Menjelaskan lebih lanjut tentang kriteria pemilihan yang dimaksudkan, Datin Adzliana berkata: “Kami mengambil kira dari pelbagai aspek termasuk ketika Pitching Session di bootcamp, penyediaan Proposal, sesi temubual ‘green screen’ dan sesi hati ke hati Coffee Session with Datin Adzliana. 

“Sepanjang mengenali peserta, saya dapati mereka sangat dahagakan ilmu bisnes dan tidak segan-silu bertanyakan pandangan tentang perniagaan. Sesi begini penting untuk kami mengenali permasalahan mereka dan bisnes yang dijalankan.

“Dan dari situ, saya bersama Datuk Rosyam dan pasukan Usanita akan buat bedah siasat bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mereka.”

Selepas pengumuman Top 25 ini, ada lagi beberapa peringkat yang getir bagi mencari seorang juara di dalam kemuncak Perintis Usanita 2022.

Logo
No 15-2, Tingkat, 2 Jalan Wangsa Delima 13, Pusat Bandar Wangsa Maju, Postcode Kuala Lumpur Country