USANITA BAWA PULANG ANUGERAH THE BRANDLAUREATE 2023

June 19th, 2023 / Anugerah

JENAMA Usanita Sdn Bhd bukan asing lagi di persada keusahawanan negara terutama selepas penganjuran beberapa program yang membantu para usahawan dalam kalangan B40 dan M40 membina kembali perniagaan mereka yang runtuh akibat pandemik Covid-19. 

Malah kesungguhan Usanita membantu juga turut melibatkan usahasama beberapa pihak kementerian dalam menganjurkan program dan Usanita tidak ketinggalan dijemput untuk memperkasakan sesebuah acara anjuran kerajaan. 

Sehubungan itu, tidak hairanlah jenama ini semakin disegani hingga pihak The World Brands Foundation memilih syarikat Usanita untuk menganugerahkan BrandLaureate SMEs Best Brand’s Award - Women Enterpreneurship Empowerment 2023 yang diadakan pertengahan Jun lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan yang menerima anugerah itu melahirkan rasa bangga kerana penganjur antarabangsa turut melihat dan menilai usaha-usaha yang dilakukan oleh Usanita selama ini. 

“BrandLaureate SMEs Best Brand’s Award - Women Enterpreneurship Empowerment 2023 adalah sebuah pengiktirafan berprestij untuk Usanita, sebagai petanda terbaik selepas organisasi penjenamaan seperti The World Brands Foundation melihat apa yang kami lakukan. 

“Anugerah ini sekali gus menyuntik semangat Usanita untuk bekerja lebih keras demi mencapai visi dan misi kami dalam membantu golongan usahawan wanita terutama bagi kategori B40 dan M40,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian ini tidak akan menjadi realiti sekiranya tanpa sokongan padu daripada pasukan Usanita serta rakan-rakan strategik Usanita yang tidak lelah menyokong.

Logo
No 15-2, Tingkat, 2 Jalan Wangsa Delima 13, Pusat Bandar Wangsa Maju, Postcode Kuala Lumpur Country