CEO USANITA TERSENARAI DALAM SUCCESSFUL PEOPLE IN MALAYSIA 2021

Alhamdulillah, nama USANITA semakin diperkatakan oleh pihak kerajaan, media dan NGO termasuk editorial Britishpedia yang diterbitkan oleh British Publishing House, berpangkalan di London.

Baru-baru ini, wakil Britishpedia menyenaraikan CEO USANITA, Datin Adzliana Dato Sri Dr  Hasan di dalam penerbitan ensiklopedia SUCCESFUL PEOPLE IN MALAYSIA 2021. Insya-Allah untuk terbitan tahun 2022.

Kunjungan editor Britishpedia, Shoane Lem ke pejabat USANITA Mei lalu turut mengesahkan
pengiktirafan ini.

British Publishing House mula bertapak di England pada tahun 2013 dengan mengeluarkan pelbagai penerbitan termasuk siri ensiklopedia SUCCESFUL PEOPLE. Setakat ini, mereka telah menerbitkan ensiklopedia biografi ini di 7 negara Eropah dan 2 di Asia. Sebagaimana yang kita tahu, Britishpedia memilih mereka yang berjaya di dalam sesebuah negara.

Pemilihan dibuat oleh panel Britishpedia berdasarkan kejayaan seseorang pada tahun-tahun tertentu. Bukan hanya paparan biografi, malah mereka juga menyentuh tentang pencapaian, tips kejayaan malah menghubungkan seseorang kepada peluang bisnes yang lebih luas.

USANITA melihat peluang ini sebagai rangkaian kerja yang berharga atau networthing. Lagipun ia turut dipasarkan di luar Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *