Usanita

USAHAWAN PERLU CARI ILMU TANPA HENTI

Dunia bisnes hari ini bergerak pantas. Perkembangan teknologi antara asbab perubahan peta dan skala perniagaan. Pelbagai kaedah dan taktik diaplikasikan, sesuai dengan fasiliti digital hari ini.

“Di sinilah pentingnya untuk kita belajar. Belajar seiring kehendak pasaran semasa. Pembangunan aplikasi untuk bisnes sudah macam-macam. Pilih saja mana yang tepat dengan produk atau servis kita.

“Ilmu ini luas. Banyak. Ada di mana-mana. Terpulang kepada kita. Yang penting, jangan sesekali abaikan ilmu lama dan baru. Cakna perubahan semasa. Kalau sudah berilmu sekalipun, jangan bodoh sombong. Tak semua kita tahu, mungkin kita boleh belajar waima daripada penjual pisang goreng di tepi jalan,” kata CEO USANITA, Datin Adzliana Dato Dr Hasan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *