Usanita

USAHAWAN WANITA PERLU KUASAI BISNES ONLINE

Platform digital bukan asing lagi buat usahawan hari ini. Rata-rata usahawan baik di dalam mahu pun luar negara, mereka menggunakan digital sebagai media baharu untuk memasarkan produk dan memperkenalkan servis.

Bukan hanya jauh lebih murah malah platform alternatif ini sangat berkesan dan memberi impak kepada golongan sasaran. Lebih targeted. Facebook, Instagram, Twitter dan Tik Tok antaranya yang menjadi medium utama tempat para usahawan menjual barangan mereka.

Di Malaysia sahaja, 25 juta penduduknya dikatakan pengguna media sosial yang aktif hinggakan negara kita berada di kedudukan 5 teratas di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Menurut satu laporan media digital, Malaysia memberikan peluang yang baik untuk perniagaan dalam talian kerana 75% pengguna internet melakukan transaksi menerusi e-perbankan.

Nah, di sinilah peluang untuk kita meluaskan pasaran. Malah Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Noh Omar menyarankan para ibu tunggal supaya berdikari membina perniagaan dan menggunakan platform digital.

Untungnya di negara kita, banyak syarikat e-dagang yang menawarkan kepandaian digital ini untuk dipelajari. Bahkan pihak kerajaan sentiasa membuka ruang menganjurkan kursus dan seminar bagi menggalakkan usahawan terutama wanita menguasai ilmu e-dagang ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *