DATUK SERI RINA HARUN BERI SOKONGAN PENUH KEPADA PENCARIAN NONA SUPERWOMAN YANG DIPERKASAKAN OLEH USANITA

DATIN ADZLIANA BERSAMA DATUK SERI RINA MOHD HARUN

Pagi Khamis lalu (9 September 2021) adalah pagi bertuah buat kami di USANITA. Bertuah apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YB Datuk Seri Rina Mohd Harun sudi untuk meluangkan masa dengan kami bagi mendengar perancangan USANITA dalam memperkasakan kaum hawa.

Ini juga suatu kejayaan yang harus diraikan. Sekecil atau sebesar mana pun pencapaian, ia perlu dihargai. Apatah lagi teraju utama KPWKM itu turut teruja untuk bekerjasama dan memberi sokongan penuh terhadap apa yang USANITA perjuangkan.

Insya-Allah dan sama-sama doakan apa yang USANITA usahakan ini mampu menyumbang positiviti kepada negara menerusi pengukuhan ekonomi golongan wanita.

Kunjungan hormat ini antara usaha USANITA mengeratkan silaturahim bersama pihak kerajaan. Tidak hanya kerajaan, kami juga membuka ruang kerjasama dengan badan-badan tertentu termasuk korporat.

Selama hampir satu jam pertemuan itu, CEO kami, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan menjelaskan satu persatu tentang perancangan USANITA baik untuk jangka pendek mahupun panjang serta yang akan melibatkan KPWKM.

“Sokongan dan kerjasama dengan KPWKM sangat kami harapkan dalam merealisasikan perjuangan USANITA untuk memperkasakan ekonomi kaum wanita terutama yang terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, YB Datuk Seri Rina sangat memahami perjuangan kami kerana beliau amat prihatin dengan nasib wanita di Malaysia. Beliau akur bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk dijayakan. Malah pihak kerajaan juga menggalakkan badan swasta seperti USANITA untuk sama-sama menggembleng tenaga seiring perancangan mereka,” kata Datin Adzliana.

Di dalam pertemuan itu juga, Datin Adzliana turut berkongsi dengan Datuk Seri Rina mengenai program realiti TV Pencarian Nona Superwoman yang bakal ditayangkan di Astro Prima mulai 22 September ini. Program 8 episod ini akan ‘membangkitkan semula’ semangat 12 usahawan wanita yang ‘terduduk’ akibat pandemik Covid-19.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *