Usanita

DATO FAZLEY RUMUSKAN 3 PUNCA MENJERUMUS KE DALAM PENJARA MINDA KETIKA PANDEMIK

Di dalam webinar pertama anjuran USANITA pada 29 Ogos lalu, Dato Dr Fazley merumuskan tiga punca bagaimana minda seseorang ‘terpenjara’ ketika pandemik Covid-19. Ketiga-tiga punca yang ditemuinya datangnya daripada permasalahan keluarga, ekonomi dan sosial.

Webinar yang turut menampilkan CEO USANITA, Datin Adzliana Dato Sri Hasan sebagai panel ini membawakan topik Memerdekakan Minda Dalam Pandemik.

Ketika kerajaan mengumumkan PKP atau PKPD, institusi keluarga amat terkesan. Pengurusan sudah berbeza, kerja tidak dapat dilakukan seperti biasa, anak-anak terpaksa belajar secara online atau PDPR sedangkan gajet tidak mencukupi dan pendapatan turut terjejas.

Bagi usahawan, minda terpenjara apabila mereka mulai bimbang dengan jualan yang merudum. Apakah masih ada pelanggan kerana dalam masa yang sama, ramai kehilangan pendapatan?

Begitu juga permasalahan sosial seperti yang dikongsikan Dato Fazley. Ramai yang risau tentang pandangan masyarakat terhadap mereka, takut dilabelkan gagal. Mereka bimbang apa orang akan kata.

“Kita perlu memahami apa itu penjara minda dan untuk mengatasinya, perlu dirancang serta dilakukan perlahan-lahan dan satu persatu,” katanya.

Banyak lagi yang diperkatakan oleh selebriti terkenal ini dan kalian boleh ikuti rakaman ‘live webinar’ Memerdekakan Minda Dalam Pandemik di Facebook serta laman sosial USANITA.

Webinar seterusnya bakal berlangsung pada Sabtu, 11 September ini dengan menampilkan seorang lagi usahawan selebriti, Mila Jirin. Webinar selama 45 minit ini akan mengupas topik Teknik Perniagaan Dalam Pandemik. Turut bersama sebagai panel tetap adalah Puan CEO USANITA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *