EKORAN sambutan yang baik daripada pengikut USANITA dan usahawan, kami sekali lagi membawakan perbincangan tentang perniagaan di dalam webinar bertajuk Teknik Perniagaan Dalam Pandemik. Isu pandemik masih kami bawakan kerana bertepatan dengan situasi semasa.
Webinar ini bakal berlangsung pada esok, Sabtu (11 September) dengan menampilkan seorang lagi usahawan selebriti, Mila Jirin. Sebagaimana ramai yang tahu, nama Mila mulanya dikenali di pentas seni menerusi Akademi Fantasia. Namun hari ini, wanita kental tersebut makin disegani di gelanggang perniagaan hingga ramai yang menjadikan beliau sebagai role model dalam bisnes.
Webinar anjuran kedua USANITA ini masih menampilkan panel tetap iaitu Puan CEO kami, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan yang juga berpengalaman luas dalam perniagaan.
Seperti sebelumnya, webinar ini akan diadakan selama 45 minit. Moga durasi 45 minit itu mampu memanfaatkan dan mengubah hidup anda. Jumpa di sana esok!