
SEBAGAIMANA kita sedia maklum, kuasa beli rakyat akibat pandemik Covid-19 jelas merudum. Apatah lagi bagi mereka yang kehilangan pendapatan. Namun sesetengah bisnes pula mengembang dengan jaya sejak pandemik ini berlaku. Bagaimana ia boleh berlaku?
Inilah antara intipati yang akan dikupaskan oleh 2 ahli panel Webinar USANITA bertajuk PELANGGAN PASCA PANDEMIK yang akan diadakan secara live di Facebook USANITA pada 26 September 2021, Ahad bermula jam 10 pagi.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang mengangkat jenama Rizman Ruzaini turut berkongsi tip bagaimana beliau menyusun atur pelbagai produk di bawah payung jenama tersebut di sekitar negara sedang berdepan ancaman wabak maut itu. Manakala panel tetap, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan bakal memberi idea bisnes yang sesuai dilaksanakan ketika ini.
Webinar berdurasi 50 minit dibawakan khas oleh USANITA, secara live di Facebook ini. Ilmu jangan ditolak!
Saya nak minta bantuan modal untuk bangkit berniaga kembali