
PANDEMIK Covid-19 melakar cerita baru dalam kehidupan kita semua. Impaknya bukan sedikit dan kita harus bijak berdepan dengan cabaran yang tidak disangka itu.
Nor Syuhada Ramli tidak terkecuali. Kehidupannya berubah 100%. Suami selama ini sibuk ke pelosok dunia sebagai juruterbang, bertukar kepada rider menghantar makanan. Sempadan negara ditutup dan diberi cuti tanpa gaji. Sebagai isteri sepenuh masa, dia agak panik dengan perubahan mendadak terutama ekonomi keluarga.
“Walau kami ada simpanan tetapi setinggi manapun gunung kalau asyik ditarah, suatu hari pasti akan rata juga,” katanya tentang komitmen hidup mereka sekeluarga.
Bagaimanapun pasangan ini cepat bangkit apabila Syuhada memperkenalkan jenama Wow Sambel, Sambal Goreng Daging Tumbuk. Bisnes ini dijadikan alternatif untuk menggantikan pendapatan yang hilang.
Wanita yang dikenali sebagai Syu Ramli ini adalah salah seorang daripada 12 finalis Pencarian Nona Superwoman yang kini ditayangkan di Astro Prima setiap Rabu, jam 9 malam.
Program TV realiti pencarian usahawan dalam kalangan wanita ini diperkasakan oleh USANITA dengan kerjasama Ideaktiv dan Astro Prima.
Untuk cerita lebih lanjut, klik pautan di bawah: