AYU OMAR TERBANGKAN BELLA THE BAKERS SELEPAS ‘LIPAT KEMAS KEBAYA’ MALAYSIA AIRLINES

BURNT Cheese Cake AYU OMAR mula dapat perhatian peminat kek.

BEKAS pramugari ini cekal dan kreatif. Serangan wabak Covid-19 di seluruh dunia, mengecilkan operasi penerbangan. Dia tak terkecuali, terpaksa berhenti.

Namun ia bukan halangan untuknya terus mencari rezeki. Tidak dapat terbang, Ayu Omar ‘masuk dapur’ membakar kek. Jenama Bella The Bakers dijadikan platform. Bermula dengan modal RM100, Burnt Cheese Cake wanita ini mula mencuri perhatian penggemar pastri yang menjadi trending itu.

Kepada majalah Nona, Ayu memberitahu Bella The Bakers adalah inspirasi daripada semangat Mamasab atau Puan Sabrina Soobri yang terkenal di dalam industri keusahawanan kek dan makanan.

“Kisah hidup saya selepas SPM sentiasa turun naik tetapi saya sentiasa ingat bahawa setiap kali kita jatuh, kita perlu bangkit lebih tinggi. Kita akan melalui banyak kegagalan di dalam hidup namun daripada kegagalan itulah kita belajar membina kejayaan,” kata wanita asal Kuala Lumpur ini.

Wanita berusia 28 tahun ini akui, dia harus belajar lebih mendalam tentang bisnes. Dia mula nampak masa depan jenamanya. Dan salah satu langkahnya adalah menyertai Pencarian Nona Superwoman, sebuah program realiti yang ditayangkan di Astro Prima, setiap Rabu bermula jam 9 malam.

Ayu bertuah terpilih sebagai finalis. Semangatnya kian membara kerana tahu program realiti ini mampu memperkenalkan Bella The Bakers kepada khalayak yang lebih besar.

Pencarian Nona Superwoman diperkasakan oleh USANITA, sebuah entiti pemudahcara usahawan.

Apakah Ayu mampu membawa Bella The Bakers ke mercu jaya, sama-sama kita saksikan bagaimana beliau memberi saingan sengit kepada usahawan senior dalam Pencarian Nona Superwoman.

Hikmah Tamat Kontrak Di Awan Biru, Rezeki Ayu Omar Kini Di Dapur & Jadi Usahawan Kek! – Nona

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *