ANA NAJIA BUKA BAKING STUDIO PADA USIA 26 TAHUN

ANA NAJIA beri saingan sengit dalam Pencarian Nona Superwoman yang diperkasakan oleh USANITA.

PEMILIK bakeri Halwa By Ana Najia ini akui, permulaan bisnes keknya tidaklah semudah yang dilihat. Cabaran banyak dilalui dan menguji diri, lebih-lebih lagi sewaktu negara dilanda pandemik Covid-19.

Dia pernah down selama sebulan mengenang nasib diri. Namun dia cepat bangkit, menyedari yang dia tidak boleh berpanjangan begitu. Maka bermulalah semula pembuatan kek secara kecil-kecilan.

“Bagi Ana, rezeki yang berkat adalah rezeki yang kita dapat menerusi redha Allah, suami dan keluarga. Tak kisah pekerjaan apa pun, selagi dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang sekeliling,” kata Ana kepada majalah Nona.

Menurutnya, minat berniaga mula dipupuk sejak berusia 18 tahun. Beliau pernah menjual tudung, aksesori wanita, kosmetik, baju dan jadi part-timer makeup artist. Malah turut ke dapur membakar kek ketika di bangku sekolah.

Jangan tidak tahu, Ana hampir bergelar personaliti TV apabila menjadi Top 3 dalam pemilihan sebagai pembaca berita di sebuah stesen penyiar terkenal negara. Namun rezeki tidak memihak kepadanya tetapi Ana akui banyak belajar sepanjang latihan sebagai pembaca berita.

Kini Ana menumpukan perhatian kepada Halwa By Ana Najia di mana kek premiumnya kian dikenali di Taiping. Tetapi Ana ada cerita lain lagi dan semua itu ada di dalam Pencarian Nona Superwoman yang kini ditayangkan di Astro Prima.

Program yang ditayangkan setiap Rabu, jam 9 malam ini diperkasakan oleh USANITA SDN BHD. Mampukah Ana bertahan hingga ke episod seterusnya?

Dibesarkan Ibu Tunggal, Kekuatan Mama Jadi Inspirasi Ana Najia Buka Baking Studio Pada Usia 26 Tahun! – Nona

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *