PENTAS AKHIR PENCARIAN NONA SUPERWOMAN PENUH DEBAR DAN DRAMA

DATUK SERI RINA MOHD HARUN DAN DATIN ADZLIANA PROF DATO SRI DR HASAN SAMA-SAMA MEMPERKASAKAN WANITA.

BERMULA 22 September lalu dengan episod pertama, Pencarian Nona Superwoman kini menghampiri pentas akhir. Mungkin tidak terasa masa berlalu tetapi kelima-lima peserta yang berjaya ke Grand Finale semakin tidak senang duduk. Degup jantung mereka kian kencang.

Bukan hanya untuk merebut gelaran juara musim pertama, finalis wanita hebat ini juga berdebar dengan pengisian yang bakal mereka persembahkan di hadapan empat juri – dua juri tetap dan dua juri jemputan. Kerusi juri tetap kekal diperkasakan oleh CEO USANITA, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan dan pengacara versatile, Awal Ashaari.

Grand Finale akan ditayangkan secara langsung ‘LIVE’ dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi Astro Prima pada 10 November ini.

Malam gilang gemilang itu bertambah seri dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun serta VVIP dari beberapa kementerian berkaitan keusahawanan.

“Kami di USANITA berbangga dengan sokongan padu yang ditunjukkan oleh YB Datuk Seri Rina terhadap usaha USANITA untuk memperkasakan ekonomi usahawan wanita yang terkesan dek pandemik Covid-19 terutama mereka dari golongan B40 dan M40.

“Sejak dari awal penubuhan USANITA, Datuk Seri sentiasa memberi semangat dan positiviti kepada setiap usaha kami,” kata Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan.

Pencarian Nona Superwoman diterbitkan oleh Ideaktiv dan diperkasakan oleh USANITA yang ditayangkan menerusi Astro Prima.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *