APAKAH ADA MUSIM KEDUA PENCARIAN NONA SUPERWOMAN?

DATIN ADZLIANA PROF DATO SRI HASAN BERSAMA JURI TETAP, AWAL ASHAARI DAN HOS, UYAINA.

BIARPUN baru berlabuh Rabu lalu (10 November), USANITA mula ditanya tentang musim kedua Pencarian Nona Superwoman. Tidak dinafikan ramai bertanya terutama dalam kalangan usahawan wanita yang tercari-cari ‘pintu keluar’ daripada kebuntuan perniagaan mereka.

Pertanyaan itu tidak boleh dijawab oleh USANITA tetapi sebagai penaja musim pertama, sudah tentu kami ingin meneruskan kerjasama ini untuk musim-musim seterusnya. Asalkan ia memberi manfaat kepada usahawan dan penonton yang menyaksikan Pencarian Nona Superwoman.

CEO USANITA, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan tidak terkecuali dihujani soalan oleh wartawan-wartawan yang hadir ketika sidang media Grand Finale yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.

“Saya tiada kuasa mengenai penganjuran musim-musim seterusnya tetapi USANITA looking forward untuk meneruskan kerjasama ini.

“Walaupun ini penglibatan pertama USANITA di dalam program realiti TV, saya tidak malu untuk mengatakan yang Pencarian Nona Superwoman ini penuh pengisian ilmiah tentang usahawan dan leadership, and business are not just about sales! Semua ini ada dalam program ini,” kata Datin Adzliana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *