PENCARIAN NONA SUPERWOMAN SUATU LANGKAH PERMULAAN UNTUK USANITA

DATIN ADZLIANA OPTIMIS DALAM USAHA PERKASAKAN EKONOMI WANITA.

GRAND Finale Pencarian Nona Superwoman Rabu lalu bukan pengakhiran, namun sebuah permulaan buat mereka yang terlibat. Baik peserta, penganjur malah USANITA sendiri sebagai penaja, ia adalah langkah awal yang akan diingati untuk kami terus berlari dan terbang selepas ini.

USANITA misalnya, bersiap sedia dengan perancangan jangka panjang sepanjang 2022. Dengan kerjasama daripada rakan-rakan strategik kami dan sokongan utama pihak kerajaan, USANITA yakin usaha untuk membantu memperkasakan ekonomi wanita B40 dan M40 akan direalisasikan.

“Program Pencarian Nona Superwoman bukan sekadar mencari usahawan atau mengiktiraf siapa juara, malah sebagai inspirasi buat peniaga-peniaga kalangan B40 dan M40 terutama yang terkesan oleh pandemik Covid-19 supaya kembali bangkit. Jangan menyerah kalah sebelum berjuang.

“USANITA tidak menafikan juga, program realiti TV ini turut memperkenal dan memahat nama USANITA di platform perdana perniagaan negara sebagai badan pemudahcara swasta. Saya bertuah bertemu dan bekerjasama dengan Ideaktiv dan majalah Nona yang seiring perjuangan USANITA.

“Selepas ini, banyak lagi program yang berada di dalam pipeline kami dan kesemuanya untuk memperkasakan ekonomi rakyat,” kata CEO USANITA, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan usai majlis tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Rabu lalu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *