
BILLBOARD, mungkin dipandang sebagai iklan tradisional. Namun ia antara pencuri perhatian. Mata yang melihat saban hari, akan membawa ke hati. Apabila ke hati yang suka, di situ terbina kepercayaan dan keyakinan.
Walaupun agak mahal, keberkesanannya bukan sedikit. Terutama untuk USANITA membina keyakinan orang ramai terhadap jenamanya. Makin banyak produk dan ramai usahawan kini beralih kepada pengiklanan luar seperti billboard. Sebab apa? Sebab keyakinan dan kepercayaan tadi.
Benar, pengiklanan di online lebih ekonomikal dan bersasar. Cuma perlu diingatkan juga dengan lambakan informasi palsu di alam maya membuatkan nilai yakin dan percaya semakin menyusut.
Sebab itu USANITA memberanikan untuk tampil di papan iklan besar. Beberapa lokasi dipilih sekitar Semenanjung dengan tumpuan lebih di Kuala Lumpur dan Selangor. Lagipun dengan era endemik, manusia ‘yang terkurung’ selama 2 tahun akibat PKP, mula menjengah kembali alam nyata. Mungkin ada antaranya yang rindukan pemandangan jalan raya dan billboard.

Pengiklanan menerusi online tetap USANITA gunakan turut memperkenalkan jenama menerusi online secara lebih berhemah dan terkawal. Bukan tiada langsung. Dan ia lebih kepada audiens yang bersasar seperti usahawan wanita B40.
Bagi yang menyedari kehadiran kami di pasaran, USANITA turut menaja program realiti pencarian usahawan yang ditayangkan di Astro Prima sejak 22 September lalu. Program Pencarian Nona Superwoman ini antara platform yang kuat memperkenalkan jenama USANITA.
Pelbagai rencana diatur untuk 2022 dalam mengukuhkan penjenamaan USANITA termasuk konvensyen, penajaan dan penglibatan dengan usahasama pihak kerajaan serta badan korporat.