Banjir besar yang berlaku serentak di enam negeri sejak Sabtu lalu (18 Disember 2021) benar-benar mengejutkan negara. Rata-rata tempat yang sudah sekian lama tidak banjir, kali ini dilimpahi musibah air bah.
Selangor antaranya dan Selasa lalu (20 Disember), USANITA Sdn Bhd berkesempatan meninjau dan menghulur sumbangan kepada penduduk yang terjejas di beberapa lokasi seperti Sungai Buah di Bangi Lama; Kampung Sri Tanjung, Dengkil dan Taman Gemilang, Sepang.
“Tidak banyak yang diberi dan diharapkan sekurang-kurangnya usaha kecil kami ini insya-Allah mampu meringankan kesukaran mereka,” kata CEO USANITA, Datin Adzliana Dato Sri Hasan yang turut mengharungi banjir lumpur di Dengkil.
Gambar-gambar di sini adalah rakaman kami di tiga lokasi tersebut.