Usanita

USANITA DIBERI PELUANG BERAKSI DI PENTAS UTAMA ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

SESI FOTOGRAFI BERSAMA AWAL ASHAARI, ROZITA CHE WAN, DATIN ADZLIANA (CEO USANITA) DAN DATUK ROSYAM NOR

BILA ada peluang, jangan sia-siakan. Gunakan ruang yang diberikan sebaik-baiknya, apatah lagi datangnya daripada pihak kerajaan. Seperti mana peluang yang diberikan kepada USANITA SDN BHD sempena Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bangga sudah tentu kerana kami baru setahun jagung tetapi ramai sudah ‘memerhati’ USANITA termasuk pihak kerajaan dalam membantu usahawan-usahawan B40 dan M40, seiring aspirasi kerajaan yang banyak memfokuskan pelbagai bantuan untuk mereka.

AKM berlangsung dari 9 hingga 12 Disember dan USANITA diberi kepercayaan mengendalikan 2 slot di pentas utama. Dalam waktu kurang 2 minggu, kami sedaya upaya memberi yang terbaik kepada pengunjung-pengunjung acara tersebut.

Bagi slot pertama (sebelah pagi), USANITA membawakan topik Perintis Usanita: Ikon Usahawan yang menampilkan selebriti-selebriti ternama di dalam dunia keusahawanan sebagai panel seperti Datuk Rosyam Nor, Rozita Che Wan, Sukur Ibrahim dan Pengarah Sumber Manusia Carsome Sdn Bhd, Mohd Afifi Zahari. Turut sama CEO USANITA, Datin Adzliana Dato Sri Dr Hasan dan pengacara terkenal, Awal Ashaari bertindak selaku moderator.

Sepanjang 2 jam, masing-masing bercerita tentang pengalaman berniaga, jatuh bangun dan bagaimana mereka kembali bangkit. Bahkan ahli panel tidak kedekut berkongsi pelbagai tip keusahawanan kepada penonton yang bukan hanya di dalam Dewan 1, malah bual bicara tersebut turut disiarkan secara langsung (live) menerusi Facebook Keluarga Malaysia.

“Saya berterimakasih kepada penganjur AKM di atas peluang yang diberikan kepada USANITA. Walaupun kami masih baru tetapi rakan-rakan strategik kami sangat banyak pengalaman untuk kami bawakan kepada penonton Keluarga Malaysia,” kata CEO USANITA, Datin Adzliana Dato Sri Dr Hasan.

UYAINA ARSHAD (MODERATOR) MENGUPAS KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN TOP 3 PENCARIAN NONA SUPERWOMAN JUGA DITEMANI OLEH DATIN ADZLIANA (CEO USANITA)

Untuk slot kedua (petang), sebuah lagi kisah inspirasi kami bawakan ke pentas utama itu yang mampu membangkitkan motivasi kepada usahawan dan bakal usahawan. Datin Adzliana Dato Sri Dr Hasan sekali lagi tampil ke pentas bersama Top 3 Pencarian Nona Superwoman – Fazs Faozi, Ana Najia dan Syu Ramli.

Kali ini pentas dikendalikan oleh pengacara cantik manis, Uyaina Arshad.

Kehangatan pentas disambung oleh 2 lagi usahawan wanita yakni CEO Demica Beauty, Puan Nik Amirah Syamimi Nik Mahmood dan pengasas SoBella Beauty, Wan Nur Syuhada Wan Norzie yang berkongsi bagaimana mereka bangkit untuk mencapai jualan puluhan juta ringgit setahun.

Semoga perkongsian mereka mampu membangkitkan semangat penonton untuk kembali membina kehidupan yang lebih baik selepas pandemik Covid-19.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *