Usanita

USANITA SEIRING KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MEMBANTU USAHAWAN DESA

“DALAM kerajaan meneruskan usaha membantu usahawan, ada kumpulan seperti USANITA yang mengambil inisiatif yang turut serta.”

Ini antara kata-kata keramat Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Dato’ Seri Mahdzir Khalid tentang usaha USANITA kepada rakan-rakan media di dalam sidang media sempena pelancaran program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan yang diadakan pada 7 Disember 2021.

USANITA bangga apabila Timbalan Menteri 1 KPLB, Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamed dan Pengarah Urusan V5, Datuk Haji Mohd Syafiq Abdullah turut serta di dalam majlis berkenaan.

Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan adalah sebuah program yang membuka peluang kepada 50 usahawan terpilih dan bertuah untuk menggunakan jenama Datuk Rosyam Nor sebagai ‘wajah’ produk mereka.

Sesi pengambilan dan kriteria pemilihan akan diberitahu dari semasa ke semasa. Cuma perlu diingatkan, program ini lebih memfokus kepada usahawan luar bandar yang menjadi skop KPLB.

Semoga program yang dirancang berjalan selama setahun ini mampu membantu meningkatkan jenama dan produk 50 usahawan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *