Usanita

PENJENAMAAN & PENDIGITALAN, MANFAAT BESAR UNTUK USAHAWAN LUAR BANDAR

SEJAK pelancaran program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan 7 Disember lalu, kami menerima maklum balas yang positif daripada umum. Terima kasih di atas sokongan dan berminat untuk menyertai program yang amat tinggi nilainya ini, dan kami di Usanita masih lagi membuka ruang kepada mereka yang berminat.

Penyertaan boleh dilayari di www.usanita.com.

Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan sebuah program yang bakal memberi banyak manfaat kepada usahawan B40 khasnya yang berada di luar bandar. Bayangkan sebesar-besar jenama Datuk Rosyam Nor itu, beliau sanggup untuk meminjam seketika bagi membantu para usahawan tempatan menaikkan penjenamaan produk mereka.

Ini julung-julung kali di negara kita program begini dilangsungkan. Datuk Rosyam yang telah lama berkecimpung di dalam dunia keusahawanan termasuk perladangan, produk dan peruncitan faham benar permasalahan golongan usahawan dalam memasarkan barangan mereka. Produk bukan tidak bagus tetapi sayangnya tidak dikenali oleh bakal pembeli.

“Sekiranya bakal pembeli atau pembeli yang berpotensi nampak, sekurang-kurangnya mereka sedar kewujudan produk usahawan tersebut. Sayang kalau produk yang bagus, berkualiti dan berpotensi di pasaran tetapi tidak dikenali atau dilihat masyarakat pengguna. Hujung-hujungnya simpan bawah katil.

“Sebagai badan pemudah cara, Usanita melihat usahasama dengan Datuk Rosyam ini sebagai peluang yang tidak harus dilepaskan. Kalau ikutkan pasaran biasa, bukan murah untuk melantik seseorang selebriti sebagai duta atau bersama di dalam kempen produk. Saya faham sangat situasi ini kerana sudah lama bermain dengan bisnes,” kata Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato Dr Hasan.

Menurutnya, kempen Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan tidak akan berlaku tanpa sokongan utama pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terutama menterinya yang begitu prihatin, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

“Beliau sangat mengambil berat tentang nasib penduduk luar bandar terutama usahawan yang gigih membangunkan ekonomi keluarga, ekonomi setempat dan sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara. Usanita sangat berbangga kerana mendapat sokongan daripada Menteri dan KPLB,” kata Datin Adzliana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *