Usanita

SAKSAMA BERSAMA OPTIMUMKAN POTENSI WANITA

DENGAN tema Saksama Bersama, sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2022 hari ini amat relevan dengan peranan golongan Hawa dalam pembangunan dunia kini.

Malah tema ini juga dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang melihat perlunya peningkatan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat dioptimumkan.

Usanita Sdn Bhd menyambut baik usaha kerajaan mengangkat martabat wanita di dalam pembangunan negara dan sebagai persediaan masa depan negara yang mampan pada masa akan datang dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.

“Sebagai badan pemudahcara, Usanita berterimakasih kepada pihak kerajaan terutamanya KPWKM yang diketuai oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun berterusan mengiktiraf peranan wanita yang signifikan dalam pelbagai sektor bagi pembangunan negara,” kata CEO Usanita, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan.

Tema ini juga selaras dengan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow.

“Kami di Usanita sentiasa pro-aktif mengadakan pertemuan, perancangan dan pelaksanaan program yang mampu menjana ekonomi golongan wanita terutama mereka daripada kategori B40 dan M40.

“Program Pencarian Nona Superwoman tahun lalu antara usaha Usanita memberi suntikan semangat kepada usahawan di luar sana yang terkesan oleh pandemik Covid-19 untuk mereka kembali bangkit membina ekonomi keluarga dan negara.

“Bagaimanapun program-program keusahawanan Usanita ini tidak akan direalisasikan dengan jayanya tanpa sokongan oleh pihak kerajaan dan yang terbaru, Usanita menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara di bawah KPWKM untuk melahirkan usahawan baru dalama kalangan ibu tunggal.

“Dalam masa yang sama, Usanita sedang mencari 50 usahawan luar bandar bagi menjayakan sebuah lagi program yakni Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan yang akan membuka jalan yang lebih luas kepada mereka berkaitan pemasaran produk dan penjenamaan,” katanya.

Sumbangan besar wanita yang mewakili 48.62 peratus populasi Malaysia tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi wanita merupakan tulang belakang keluarga yang menjadi asas generasi pemimpin negara seterusnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *