Usanita

IFTAR USANITA RAPATKAN UKHUWAH

Awal Ashaari beraksi sebagai pengacara majlis
Turut hadir sama Datin Seri Laila

IFTAR Usanita yang berlangsung pada 15 April lalu cukup bermakna kerana menyatukan banyak pihak yang selama ini sentiasa memberi kerjasama kepada Usanita di dalam satu majlis, sekali gus merapatkan lagi jalinan ukhuwah bersama.

Benarlah orang kata, majlis iftar bukan hanya menyajikan hidangan berbuka puasa tetapi objektifnya lebih daripada itu. Tambahan selepas lebih dua tahun, negara diselubungi kekangan akibat pandemik Covid-19, inilah masanya untuk kita kembali merapatkan silaturahim.

Kehadiran jemputan tetamu kehormat, kenalan dan dalam kalangan wakil media seperti Nona dan Harian Metro sangat dihargai.

“Saya berterimakasih kepada mereka yang sempat meluangkan masa untuk memenuhi undangan Usanita kerana saya tahu masing-masing mempunyai komitmen tersendiri di bulan Ramadan ini. Ini peluang dan ruang untuk Usanita meraikan kejayaan dan menterjemahkan rasa terima kasih kami kepada yang terlibat dengan kami sepanjang Usanita ditubuhkan,” kata CEO Usanita, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan.

Lebih 60 tetamu berbuka puasa di majlis yang diadakan di Hotel Le Meridien Putrajaya itu termasuk Pengerusi Puspanita, Datin Seri Nor Laila Saleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Puan Nordiana Haron serta ahli-ahli Puspanita cawangan Kecil Jabatan Perdana Menteri.

Majlis yang dihoskan oleh pengacara terkenal, Awal Ashaari itu turut diisi dengan perkongsian ilmu oleh Perunding Imej, Debby Yunus dan juara Pencarian Nona Superwoman, Fazs Faozi. Perkongsian mereka bukan sahaja menjurus kepada imej dan penampilan, malah meliputi lapangan keusahawanan.

Malam itu juga dihiburkan oleh persembahan pemenang Anugerah Juara Lagu, Dayang Nurfaizah dengan lagu Jikalau Abang Merindu dan Lelaki Teragung. Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan busker, Coca Music.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *