Usanita

EKONOMI DIGITAL KEMBALIKAN NYAWA BISNES SELEPAS PANDEMIK

SECARA dasarnya kefahaman tentang ekonomi digital adalah kaitan keseluruhan kegiatan ekonomi yang menggunakan bantuan artificial intelligence (AI) atau dengan capaian internet. Dan kita sudah melihat banyak perubahan perniagaan hari ini selepas menggunapakai platform digital.

Kelahiran warga peniaga online bukan sedikit, malahan mereka menjadi inspirasi kepada percambahan lebih ramai usahawan baru untuk mencuba membina ekonomi diri dan keluarga menerusi internet.

“Ekonomi digital paling ketara kita kita hari ini ialah kewujudan market place e-dagang seperti Shopee dan Lazada di mana urusan jual beli hanya dilakukan menerusi online. Kita tidak perlu lagi bersemuka untuk berjual beli seperti sistem perniagaan konvensional sebelum ini.

“Bagaimanapun perniagaan cara lama masih boleh dipraktikkan untuk beberapa kategori produk, itu pun urusan jual beli telah memasuki era ekonomi digital yang berkait rapat dengan konsep masyarakat tanpa tunai (cashless society).

“Konsep ini lebih mudah dan selamat terutama bagi pembeli yang sebelum ini perlu membawa wang tunai sebagai tukaran kepada barangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan.

Menurutnya, Usanita Sdn Bhd juga tidak ketinggalan di dalam kepesatan teknologi dengan membina pasaran atas talian sendiri iaitu Usanita Mall yang akan dilancarkan sedikit masa lagi. Selain itu, Usanita Sdn Bhd juga sedang mengadakan program mega Penjenamaan dan Pendigitalan bersama Datuk Rosyam Nor.

“Semuanya di hujung jari dan apa yang Usanita lakukan setakat ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan di era digital. Malah saya difahamkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga telah menetapkan misi penting untuk menjadikan negara sebagai peneraju yang menerajui ekonomi digital menerusi naratif Malaysia 5.0.

“Saya sangat percaya perubahan ke arah ekonomi digital ini bakal memberi manfaat besar terutamanya kepada rakyat, sektor perniagaan dan kerajaan secara umumnya,” katanya.

Dalam pada itu, industri perusahaan juga melihat banyak syarikat melakukan transformasi sekali gus dapat menghadirkan pengalaman baru untuk masyarakat pembeli atau pengguna merasai pengalaman baru dalam urusan jual beli.

Selepas dunia diserang pandemik Covid-19 hingga melumpuhkan rata-rata syarikat dan perniagaan, kini ekonomi digital mengambil alih sistem yang menjadi aspek penting untuk ekonomi kembali tumbuh dan berkembang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *