
DALAM usaha melebarkan perkongsian tentang bisnes dan kisah inspirasi terutama yang membabitkan Perintis Usanita, Usanita Sdn Bhd kini melangkah setapak lagi dengan penerbitan video berkonsepkan ‘talk show’ atau bual bicara.
Program yang dinamakan Perintis Usanita ini diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan selaku host yang akan menemubual usahawan-usahawan tanah air.
Untuk permulaan aspirasi, lima episod telah dirakam baru-baru ini di mana tetamu jemputan adalah dari kalangan finalis program Pencarian Nona Superwoman yang kini menjadi Perintis Usanita.
Ayu Omar, Sarah Ismail, Fazs Faozi, Ayda Azlan dan Fazlia Akma (Kek Ya) telah berkongsi pengalaman mereka bergelar usahawan serta cerita sepak terajang dunia bisnes yang mereka lalui untuk bertahan hingga ke hari ini.
Rakaman ini akan mula ditayangkan di channel YouTube Usanita bermula 1 Julai 2022.