Usanita

TN’G BERMINAT KOLABORASI BERSAMA USANITA

USAHA penjenamaan Usanita Sdn Bhd semakin dilihat ramai korporat dan entiti perniagaan, sekali gus menarik mereka untuk mengenali serta menjalinkan kerjasama dengan badan pemudah cara ini.

Terbaru, pihak TnG Digital Sdn Bhd menyatakan minat mereka untuk berkolaborasi dengan Usanita Sdn Bhd dalam meluaskan rangkaian bisnes mereka.

Kunjungan Usanita ke Menara TN’G di Bangsar South pada 10 Ogos lalu sangat bermakna apabila pihak Usanita yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan berkongsi pandangan serta memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh badan pemudah cara itu.

“Saya bangga apabila korporat seperti TN’G Digital, peneraju TN’G e-wallet menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Usanita Sdn Bhd dan berita ini bukan sahaja baik untuk Usanita, malah sangat bagus untuk usahawan-usahawan di bawah kami.

“Usanita tiada masalah untuk menjadi rakan strategik TN’G Digital kerana mereka juga ingin meluaskan rangkaian bisnes termasuk e-wallet, selari dengan pendigitalan yang dilaksanakan oleh Usanita seperti Usanita Mall,” katanya.

Di dalam pertemuan itu, TN’G Digital diwakili oleh Ketua Jabatan Rakan Niaga, Adline Lum; Pengurus Rakan Niaga, Charlie Chai dan Pegawai Kanan Perkongsian, Aiman Mohamad.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *