Usanita

AKM MEDAN PERKENALAN USAHAWAN DENGAN PIHAK KERAJAAN

USANITA Sdn Bhd menerusi program meganya, Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan sentiasa gigih mencari peluang dan ruang untuk mendedahkan pesertanya kepada dunia perniagaan sebenar termasuk secara fizikal. 

Penyertaan berterusan Usanita ke program jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) anjuran kerajaan adalah antara usaha badan pemudah cara ini mengukuhkan penjenamaan peserta Perintis Usanita. 

Usaha ini termasuklah penyertaan Usanita selama tiga hari di Aspirasi Keluarga Malaysia, Kuantan pada 28 hingga 30 Oktober lalu yang dihadiri hampir 90,000 pengunjung. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan, penyertaan di dalam siri jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia sangat penting kepada Perintis Usanita sebagai pendedahan kepada khalayak berbeza. 

“Siri jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini bukan sahaja mempertemukan penjual dan pembeli tetapi lebih daripada itu kerana saya melihat ia adalah hab pertemuan peniaga dengan pihak pemerintah kerana di setiap jelajah, semua kementerian akan turun dan mempunyai reruai.

“Di situ mereka boleh mengenali atau bertanya kepada kakitangan kementerian-kementerian yang berkaitan dengan perniagaan mereka. Mereka boleh bertemu secara langsung dan menjalinkan hubungan tanpa temujanji di Putrajaya.

“Usanita sentiasa terbuka untuk menjadi penghubung di antara usahawan dan pihak kerajaan,” kata Datin Adzliana. 

Di samping itu katanya, penyertaan dalam siri jelajah ini juga baik untuk Usanita Sdn Bhd merapatkan lagi ukhuwah dengan pihak kerajaan. 

“Ini juga inisiatif Usanita lebih banyak terbabit di dalam program kerajaan yang melibatkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta usahawan yang baru bermula,” katanya yang bangga dengan sambutan pengunjung di lima reruai (booth) Usanita Sdn Bhd selama tiga hari di Kuantan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *