Usanita

TOP 50 SAIN KONTRAK SETAHUN PAKAI JENAMA DATUK ROSYAM NOR

PROGRAM Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan kini memasuki frasa yang ditunggu-tunggu oleh Top 50 iaitu ‘meminjam wajah Datuk Rosyam Nor’. 

Majlis menandatangani kontrak perjanjian Top 50 Perintis Usanita ini berlangsung pada 25 Oktober lalu di The Manor, Wangsa 118 yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 

“Frasa ini amat ditunggu-tunggu bukan sahaja Top 50, malah mereka yang menyertai Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan sejak ia dilancarkan awal tahun 2022 kerana ia ‘grand prize’ bagi program ini. 

“Sejak dari awal, Usanita menjanjikan kepada mereka yang terpilih di dalam Top 50 akan berpeluang menggunakan wajah dan nama Datuk Rosyam Nor bagi tujuan pemasaran dan penjenamaan produk masing-masing. 

“Saya berharap sangat usaha Usanita Sdn Bhd ini dapat membantu melonjakkan jenama dan jualan produk mereka kerana saya faham, bukan mudah dan bukan murah untuk melantik seseorang selebriti menjadi wajah sesebuah produk. 

“Dan Usanita membawakan nama besar di dalam industri negara, Datuk Rosyam Nor kepada mereka. Semoga mereka bijak menggunakan peluang yang diberikan Usanita ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan. 

Menurut Datin Adzliana, kontrak ini berkuatkuasa dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 dan Top 50 harus mengikuti terma dan syarat yang telah dipersetujui bersama sepanjang tempoh tersebut.

“Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan telah menunaikan apa yang dijanjikan di awal pencarian peserta, dan majlis ini juga secara tidak langsung mendidik mereka tentang kontrak yang perlu mereka faham dan ada di dalam sesebuah perniagaan. 

“Usanita memberi pendedahan kepada mereka terutama yang baru bermula mengenai perjanjian dan kontrak yang harus mengikut jalan yang betul. Jangan asal boleh,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *