Usanita

BOOTCAMP PERINTIS USANITA 2.0 BENTUK USAHAWAN SUPER KENTAL

Pada mata kasar masyarakat umum, mungkin nampak mudah untuk menjadi seorang usahawan dan segelintir hanya tahu soal jual beli semata-mata, sedangkan gelaran usahawan itu terlalu besar makna dan tanggungjawabnya.

Sebenarnya bukan mudah tetapi ia juga bukan susah dan bukan mustahil untuk mencipta kejayaan sebagai seorang usahawan. Semuanya perlukan persediaan dari aspek fizikal dan mental, dan apa yang mereka perlu adalah belajar, belajar dan belajar.

Sehubungan itu, syarikat pemudah cara dan acara terkemuka tanah air, Usanita Sdn Bhd hadirkan program BOOTCAMP PERINTIS USANITA 2.0: USAHAWAN SUPER bagi melahirkan seorang usahawan yang betul-betul ahli di dalam perniagaan dan industri. 

Bersama rakan-rakan strategiknya serta speaker undangan, Usanita bakal membuka gelanggang BOOTCAMP PERINTIS USANITA 2.0: USAHAWAN SUPER selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula pada 24 hingga 26 Februari ini.

“Kami sedar, para usahawan perlu belajar dan mengisi ilmu perniagaan dari semasa ke semasa. Malah trend bisnes terutama kaedah pemasaran hari ini juga sering berubah seiring perkembangan dunia digitalisasi yang menuntut usahawan-usahawan supaya sentiasa bersiap siaga dengan perubahan itu.

“Sebab itu Usanita adakan sekali lagi Bootcamp ini bagi membantu usahawan-usahawan di luar sana mendapatkan ilmu semasa untuk menjadi Usahawan Super, usahawan yang benar-benar kental dan kuat untuk berdepan ujian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita sendiri, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.

Bagaimanapun menurut Datin Seri Adzliana, untuk siri BOOTCAMP PERINTIS USANITA 2.0: USAHAWAN SUPER kali ini, Usanita terpaksa mengehadkan kapasiti peserta kepada jumlah tertentu sahaja demi memberi fokus yang lebih dalam pembelajaran.

“Siapa cepat dia dapat kerana di sini juga kami dapat menilai bagaimana serius seseorang usahawan untuk belajar. Bagi mereka yang berminat, boleh daftar menerusi link https://forms.gle/DRQMx8EMt5Qy1CHW7.

“Saya tidak mahu lagi berlaku perkara yang sama pada siri bootcamp pertama dulu sehingga ada yang merayu untuk menyertainya, sedangkan tempat sudah penuh,” katanya.

Selain Datin Seri Adzliana berkongsi pengalaman jatuh bangun beliau di dalam perniagaan,  BOOTCAMP PERINTIS USANITA 2.0: USAHAWAN SUPER turut mengundang speaker ternama termasuk Datuk Rosyam Nor, Datuk Dira Abu Zahar, Rizman Ruzaini, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Azzam Sabtu, Ustazah Sharifah Khasif serta wakil-wakil syarikat dan badan korporat seperti Matrade, MARA, AirAsia Academy dan SME Corp.

Apa lagi tunggu, jom menjadi USAHAWAN SUPER! Klik https://forms.gle/DRQMx8EMt5Qy1CHW7

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *