Usanita

SUPERINTIS USANITA KOOL 101 TAWAR RM20,000

SEJAK dilancarkan awal bulan lalu, Superintis Usanita Kool 101 yang menawarkan hadiah bernilai RM20,000 mendapat sambutan hangat dalam kalangan usahawan makanan dan minuman (F&B) dan produk.

Mereka hanya dikehendaki menghantar pelan bisnes masing-masing kepada pihak penganjur untuk dinilai dan bagi setiap episod, hanya tiga penyertaan dipilih untuk dinilai. Peserta terpilih akan terlibat di dalam segmen ‘pitching and challenge’ di mana mereka perlu membentangkan idea mereka dan berdepan beberapa cabaran yang disediakan ahli panel.

“Program Superintis Usanita Kool 101 adalah idea saya untuk memberi peluang kepada usahawan mengembangkan lagi bisnes mereka baik dari aspek penghasilan produk, pembungkusan, pemasaran mahupun penjenamaan.

“Saya amat menggalakkan usahawan dalam kalangan B40 menyertai cabaran ini kerana saya sedar mereka perlukan ilmu mengembangkan bisnes dan wang tunai untuk dijadikan modal.

“Buat permulaan program, kami hanya fokuskan kepada dua kategori bisnes iaitu F&B dan produk. Setakat ini untuk kategori F&B, beberapa jenis gastronomi sudah dipilih termasuk sambal, kerepek, biskut, roti pau, rendang, bertih jagung dan kombucha.

“Manakala produk pula seperti lilin wangi, pakaian sukan Muslimah, pam susu, pakaian ready to wear, tandas kucing dan tisu basah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.

Pengumuman pemenang Superintis Usanita Kool 101 bagi kategori produk akan dilakukan pada 3 Ogos ini, dan pemenang kategori F&B bakal diketahui pada 11 Ogos 2023.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *