Usanita

USANITA, KPWKM SEPAKAT BANTU EKONOMI WANITA

KOLABORASI sudah menjadi sebahagian budaya bagi syarikat pemudahcara, Usanita Sdn Bhd yang melihat jalinan kerjasama adalah lebih memberi impak untuk sama-sama merasai manisnya hasil berbanding bergerak sendirian.

Ini yang sering dilakukan oleh Usanita untuk membuka ruang kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menjayakan program untuk manfaat bersama.

Jun lalu, Usanita yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan menghadiri pertemuan penting dalam mesyuarat bersama pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta agensi-agensi di bawahnya.

“Menerusi pertemuan ini, kesemua pihak terlibat bersetuju untuk menjalinkan kerjasama mengadakan program-program yang melibatkan perekonomian golongan wanita terutama menerusi perniagaan.

“Saya amat berterimakasih kepada Pengerusi Setiausaha Bahagian Kolaborasi Strategik KPWKM, Puan Zuraini Mohd Yusof yang sudi membuka pintu untuk Usanita turut serta membangunkan ekonomi golongan wanita.

“Tak lupa juga terimakasih kepada semua yang terlibat di dalam mesyuarat dan yang pentingnya kami sama-sama dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran,” kata Datin Seri Adzliana yang ditemui selepas mesyuarat berkenaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya.

Menerusi pertemuan hampir dua jam itu, kedua-dua belah pihak bersepakat untuk mengadakan beberapa program bagi membantu golongan B40 terutama kaun Hawa menjana pendapatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *