Usanita

digital

APAKAH ADA MUSIM KEDUA PENCARIAN NONA SUPERWOMAN?

BIARPUN baru berlabuh Rabu lalu (10 November), USANITA mula ditanya tentang musim kedua Pencarian Nona Superwoman. Tidak dinafikan ramai bertanya terutama dalam kalangan usahawan wanita yang tercari-cari ‘pintu keluar’ daripada kebuntuan perniagaan mereka. Pertanyaan itu tidak boleh dijawab oleh USANITA tetapi sebagai penaja musim pertama, sudah tentu kami ingin meneruskan kerjasama ini untuk musim-musim seterusnya. …

APAKAH ADA MUSIM KEDUA PENCARIAN NONA SUPERWOMAN? Read More »

PENCARIAN NONA SUPERWOMAN SUATU LANGKAH PERMULAAN UNTUK USANITA

GRAND Finale Pencarian Nona Superwoman Rabu lalu bukan pengakhiran, namun sebuah permulaan buat mereka yang terlibat. Baik peserta, penganjur malah USANITA sendiri sebagai penaja, ia adalah langkah awal yang akan diingati untuk kami terus berlari dan terbang selepas ini. USANITA misalnya, bersiap sedia dengan perancangan jangka panjang sepanjang 2022. Dengan kerjasama daripada rakan-rakan strategik kami …

PENCARIAN NONA SUPERWOMAN SUATU LANGKAH PERMULAAN UNTUK USANITA Read More »

GELARAN JUARA PENCARIAN NONA SUPERWOMAN, SATU TANGGUNGJAWAB BESAR: FAZS FAOZI

“ALHAMDULILLAH dan terima kasih USANITA dan Nona di atas penganjuran ini. Menang kalah, itu soal kedua kerana saya bertuah berada di platform ini yang sangat membantu saya dari segi pembangunan diri untuk kembali bangkit meneruskan perniagaan. “Kehadiran program Pencarian Nona Superwoman tepat waktunya ketika saya terkapai-kapai selepas perniagaan saya merudum akibat pandemik. Malah saya hampir …

GELARAN JUARA PENCARIAN NONA SUPERWOMAN, SATU TANGGUNGJAWAB BESAR: FAZS FAOZI Read More »

PENTAS AKHIR PENCARIAN NONA SUPERWOMAN PENUH DEBAR DAN DRAMA

BERMULA 22 September lalu dengan episod pertama, Pencarian Nona Superwoman kini menghampiri pentas akhir. Mungkin tidak terasa masa berlalu tetapi kelima-lima peserta yang berjaya ke Grand Finale semakin tidak senang duduk. Degup jantung mereka kian kencang. Bukan hanya untuk merebut gelaran juara musim pertama, finalis wanita hebat ini juga berdebar dengan pengisian yang bakal mereka …

PENTAS AKHIR PENCARIAN NONA SUPERWOMAN PENUH DEBAR DAN DRAMA Read More »

BILLBOARD USANITA MENCURI MATA PENGGUNA JALAN RAYA DI SEMENANJUNG

BILLBOARD, mungkin dipandang sebagai iklan tradisional. Namun ia antara pencuri perhatian. Mata yang melihat saban hari, akan membawa ke hati. Apabila ke hati yang suka, di situ terbina kepercayaan dan keyakinan. Walaupun agak mahal, keberkesanannya bukan sedikit. Terutama untuk USANITA membina keyakinan orang ramai terhadap jenamanya. Makin banyak produk dan ramai usahawan kini beralih kepada …

BILLBOARD USANITA MENCURI MATA PENGGUNA JALAN RAYA DI SEMENANJUNG Read More »

10 TIP BAGAIMANA RIZMAN RUZAINI MASIH KUKUH SELEPAS 15 TAHUN DALAM INDUSTRI

SELAMA lebih 15 tahun bermain di dalam industri fesyen dan keusahawanan, pereka terkenal negara Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini Couture sudah alah bisa tegal biasa. Sudah mampu mendepani cabaran dengan senyuman. Era pandemik Covid-19 turut ‘melukakan’ bisnes fesyen tetapi Rizman dan rakan niaganya, Wan Ruzaini Wan Jamil tidak duduk diam sebaliknya mencari alternatif mengeluarkan produk …

10 TIP BAGAIMANA RIZMAN RUZAINI MASIH KUKUH SELEPAS 15 TAHUN DALAM INDUSTRI Read More »

LINDA ROOS SERAP KEHEBATAN IBU DI DALAM BISNES HIASAN DINDING

IBU menjadi inspirasi utama Linda Roos membina empayar perniagaan. Bagaimanapun sebelum terjun secara serius, beliau terlebih dahulu bersedia dengan bekal ilmu yang dianggap paling penting untuk memulakan langkah. “Saya menjadi saksi melihat kehebatan mama dalam dunia keusahawanan dan beliau selalu berpesan, dunia bisnes tanpa ilmu dan keberanian tidak akan menjadikan kita berjaya dalam apa yang …

LINDA ROOS SERAP KEHEBATAN IBU DI DALAM BISNES HIASAN DINDING Read More »

ANA NAJIA BUKA BAKING STUDIO PADA USIA 26 TAHUN

PEMILIK bakeri Halwa By Ana Najia ini akui, permulaan bisnes keknya tidaklah semudah yang dilihat. Cabaran banyak dilalui dan menguji diri, lebih-lebih lagi sewaktu negara dilanda pandemik Covid-19. Dia pernah down selama sebulan mengenang nasib diri. Namun dia cepat bangkit, menyedari yang dia tidak boleh berpanjangan begitu. Maka bermulalah semula pembuatan kek secara kecil-kecilan. “Bagi …

ANA NAJIA BUKA BAKING STUDIO PADA USIA 26 TAHUN Read More »

AYU OMAR TERBANGKAN BELLA THE BAKERS SELEPAS ‘LIPAT KEMAS KEBAYA’ MALAYSIA AIRLINES

BEKAS pramugari ini cekal dan kreatif. Serangan wabak Covid-19 di seluruh dunia, mengecilkan operasi penerbangan. Dia tak terkecuali, terpaksa berhenti. Namun ia bukan halangan untuknya terus mencari rezeki. Tidak dapat terbang, Ayu Omar ‘masuk dapur’ membakar kek. Jenama Bella The Bakers dijadikan platform. Bermula dengan modal RM100, Burnt Cheese Cake wanita ini mula mencuri perhatian …

AYU OMAR TERBANGKAN BELLA THE BAKERS SELEPAS ‘LIPAT KEMAS KEBAYA’ MALAYSIA AIRLINES Read More »

MASIH ADAKAH KUASA BELI DALAM KALANGAN RAKYAT?

SEBAGAIMANA kita sedia maklum, kuasa beli rakyat akibat pandemik Covid-19 jelas merudum. Apatah lagi bagi mereka yang kehilangan pendapatan. Namun sesetengah bisnes pula mengembang dengan jaya sejak pandemik ini berlaku. Bagaimana ia boleh berlaku? Inilah antara intipati yang akan dikupaskan oleh 2 ahli panel Webinar USANITA bertajuk PELANGGAN PASCA PANDEMIK yang akan diadakan secara live …

MASIH ADAKAH KUASA BELI DALAM KALANGAN RAKYAT? Read More »