Tentang
Perintis USANITA
SEJAJAR dengan visi dan misi USANITA SDN BHD untuk melahirkan usahawan berdaya saing dengan memastikan sokongan kepada pemerkasaan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat terutama golongan wanita B40, maka wujudnya Perintis Usanita sebagai salah satu cabang usaha tersebut.
Menerusi Perintis Usanita yang berdaftar, kami akan menyediakan peluang penambahbaikan kepada ahli dengan kerjasama pihak kerajaan mahupun korporat. Semuanya ke arah pertumbuhan ekonomi keluarga, setempat dan negara.
Sertai Kami Sekarang
Jika anda usahawan yang kami cari, sertai kami sekarang kerana akan ada peringkat penilaian dan anda perlu mengikuti cabaran yang ditetapkan oleh pihak USANITA.
Artikel
PENDIGITALAN

Pengenalan
Pendigitalan mempunyai spektrum yang amat luas hingga ke pasaran antarabangsa dan ia bergantung kepada matlamat yang ingin dicapai oleh setiap pemimpin perniagaan.
Digital
Pendigitalan adalah satu proses untuk menukarkan format sumber ilmu dan maklumat dalam bentuk bercetak/analog (sama ada teks, audio, video, grafik, dan sebagainya kepada bentuk digital supaya ianya dapat disimpan, mudah dikesan/ didapatkan semula dan diedarkan secara elektronik.
Objektif
Objektif pendigitalan adalah untuk memudah dan mempercepatkan akses kepada pelbagai koleksi perpustakaan pada bila-bila masa dari mana-mana sahaja.