Tentang Kami
Latar Belakang
Dengan jalinan kerjasama rakan kongsi, mentor dan ahli di seluruh Malaysia, USANITA menawarkan perkhidmatan kebajikan dan sosial kepada mereka yang memerlukan. USANITA turut terbabit dalam pengurusan acara (event management) yang lebih menjurus kepada penganjuran bengkel, ekspo dan karnival dengan nilai tambah penglibatan usahawan-usahawan dan ikon negara. Pembangunan modal insan juga menjadi tonggak kekuatan USANITA di dalam menyokong nilai sahsiah diri dan masyarakat.
Apabila seorang wanita mendapat kekuatan membuat pilihan yang berbeza bagi mengubah hidupnya, ia pasti memberi inspirasi dan impak kepada keluarga, komuniti sosial dan negara.
“Dunia memerlukan wanita yang kuat, yang akan mengangkat dan membangun orang lain, yang akan mencintai dan dicintai, wanita yang hidup dengan berani, lembut dan galak, wanita dengan keinginan yang utuh.” — Amy Tenney —
Misi
Menjadi Sebuah Organisasi Cemerlang Dalam Menyediakan Peluang Modal Insan Berkualiti
visi
Memastikan Sokongan Dalam Memperkasa Pembangunan Dan Kesejahteraan Masyarakat Terutamanya Golongan Wanita & B40
Kenali Kami

Datin Adzliana bt Prof. Dato Sri Dr Hasan
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn. Bhd.
“Bismillahirrahmanirohim…
Terima kasih di atas sokongan terhadap USANITA, syarikat yang bermula dengan sesi ‘kopi-kopi’ dan akhirnya tercetus idea kepada lima sahabat untuk menyumbang tenaga membantu kaum wanita yang terjejas pendapatan dek pandemik Covid-19. Kata sepakat dicapai, terus perincian dibentangkan dengan setiap ceruk dan pelosok difikirkan pro dan kontra. USANITA menjadi platform alternatif kepada usahawan wanita terutama kategori B40 bagi mengembangkan lagi dunia bisnes mereka untuk mencipta keuntungan dan mensifarkan kerugian.
Ikrar kami, ilmu dan kepakaran yang kami ingin berkongsi adalah bagi menggalakkan pertumbuhan nilai jaringan ekonomi dan dapat menyumbangkan kepada perpaduan negara.”